Selasa, 8 Februari 2011

DEBAT DENGAN NIK AZIZ: PAS MINTA UMNO KUMPUL ULAMA


PAS berharap cadangan dialog antara mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menjadi kenyataan, bahkan disiarkan secara langsung supaya orang ramai boleh menghakimi dan menilainya.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, kesediaan Nik Aziz itu menepati amalam dalam sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran. 

"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah. Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

"Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik," kata Idris Ahmad (kiri).

Dalam satu kenyataan semalam, Idris juga menyindir parti lawannya Umno supaya "mengumpul ulama yang ada dalam parti Umno untuk turut serta". 

Beliau berharap, selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS. 

Berdebat bukan budaya Islam kata mufti Pahang

Mengulas berhubung isu cabaran debat Ulama UMNO kelantan Ustaz Mad Noor Deris yang mencabar Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdebat, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menolak sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah kerana ia bukan budaya dalam Islam.

Di dalam laporan Sinar Harian, menurutnya, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau bermesyuarat kerana ia lebih baik daripada berdebat sehingga mengaibkan pihak yang kalah. [Sinar Harian]


Apa pun, debat yang dimaksudkan oleh mufti Pahang di sini adalah berkenaan isu akidah dan Islam, dan ia jelas sekali berbeza dengan pelawaan atau cabaran debat kepada Najib tentang isu ekonomni yang dilihat begitu penting untuk penilaian rakyat terhadap perancangan ekonomi kedua-dua tokoh pemimpin itu.

Hassan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir juga meninggalkan wasiat kepada umat Islam, antaranya janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna

Sebelum ini akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang kurang tepat berhubung isu ini, dengan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz sedia berdebat dengan Ulama UMNO Mad Noor Deris, sebaliknya pejabat Menteri Besar sendiri menafikan dakwaan itu, melalui akhbar rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Tuan Guru Nik Aziz bagaimanapun setuju untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama Majlis Fatwa





Tiada ulasan:

Catat Ulasan