|        
 Setiap     kali adanya pilihanraya kecil, sudah tentu bermacam projek akan     dilaksanakan oleh kerajaan BN semata-mata untuk memancing undi. Semalam     Timbalan Perdana Menteri merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah     Jenis Kebangsaan Tamil Merlimau yang berharga RM4juta.  
 Ketika wakil kami berhenti di sebuah kedai     di Pekan Merlimau, seorang pekedai yang enggan namanya disiarkan berkata     bahawa projek itu sudah lama dirancang tetapi sering tertangguh.  
 "Sudah 2 kali pilihanraya dia orang     bikin ini itu macam, pecah tanah, rasmi dan lain-lain, tapi sekolah tarak     juga"  
 "Ini rakyat mesti mau fikir, kena     tipu sudah 2 kali mau sokong lagi ka" ujar pekedai tersebut     dengan'pelat' Cina.  
 Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Dato     Seri Mohd  Ali Rustam pula meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000     untuk mendirikan benteng penghalang banjir di Chincin. Perkara ini sudah     lama berlaku tetapi baru sekarang tindakan hendak diambil. Itupun selepas     meninggalnya Adun Merlimau.  
 
 Adalah diijangkakan selepas ini semakin     banyak projek 'mee segera' dan durian runtuh akan dijanji dan dijaja kepada     rakyat semata-mata untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.  
 Rakyat seharusnya tidak termakan dengan     janji-janji seperti ini kerana pembangunan  boleh dilaksanakan oleh     sesiapa yang menjadi kerajaan. Apa yang penting ialah kita mesti melihat     sesuatu perkara jauh ke hadapan berpandukan Islam dan keadilan. Apa guna     pembangunan jika duit rakyat dihabiskan oleh kerajaan yang boros, membazir     dan penuh dengan kecelaruan serta kekeliruan.  
 Tuduhan berlakunya rasuah, penyelewengan,     penyalahguna kuasa dan sebagainya yang menghanguskan duit rakyat walaupun     di nafikan mesti disiasat dan dinilai oleh rakyat mengatasi kepentingan     pembangunan fizikal yang bersifat sementara.   |     
Tiada ulasan:
Catat Ulasan