Isnin, 21 Februari 2011

Mengapa perlu mengundi PAS


"Teman terbaca rencana yang cukup menarik seperti ini dan ada baiknya ia diulang baca supaya tidak tersimpan dan tidak dimenufaatkan..
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan Melayu di Tanah Melayu serta menuntut kemerdekaan dari British secara lembut dan bertolak ansur bersama-sama kaum-kaum lain[ Cina dan India ] yang mendiami di sini. PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendaulatkan ISLAM setelah UMNO enggan menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangan.

Kelahiran PAS tidak disenangi oleh penjajah British kerana perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kehendak British yang mahu mengekalkan Tanah Melayu sebagai Negara secular seperti British. Oleh itu, British melambat-lambatkan proses pendaftaran parti ini sehinggala ia diluluskan pada tahun 1955, iaitu ketika beberapa bulan lagi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 akan diadakan.
Tujuan British melambat-lambatkan pengesahan pendaftaran PAS ini adalah kerana pertama, British mahu menyekat pergerakan PAS, kedua, British mahu mengekang pengaruh PAS dan ketiga, British tidak mahu PAS menjadi pesaing kuat terhadap UMNO dalam pilihan raya 1955. Sikap ini menjadi lebih nyata apabila Pesuruhanjaya Tinggi British, Edward Gent menegaskan bahawa British tidak akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sekiranya golongan ISLAM [PAS] memenangi pilihan raya tahun 1955 itu. Parti induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan dan beberapa pemimpin utamanya ditangkap dan dipenjarakan oleh British. British menganggap pemimpin PAS sama bahayanya dengan komunis. Tektik ini juga digunapakai oleh UMNO kini, di mana ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan Keadilan disumbat dalam penjara dan ditahan di bawah ISA.  
Sebaliknya penubuhan UMNO mendapat restu dari penjajah British. Pemimpin UMNO mendapat belaian mesra dan mendapat tempat yang baik di sisi British seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato’ Abdul Razak Hussein, malah mereka diberi jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi. British merestui UMNO dan rakan-rakannya [ MCA dan MIC ] kerana meraka bukan parti agama. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya untuk meneruskan dasar sekularnya. 
Sebenarnya, kita hanya merdeka dari segi fizikal sahaja, bertukar kulit, warga sendiri yang memerintah mengantikan penjajah British. Kita sebenarnya masih dijajah oleh UMNO melalui pelbagai akta dan undang-undang yang diwujudkan oleh British dulu masih digunapakai sehingga sekarang untuk menyekat kebebasan rakyat sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh British bagi menghalang rakyat menuntut kemerdekaan.
Oleh itu sekiranya kita mahu kemerdekaan kedua, yang bebas dari belenggu UMNO dari segi fizikal dan mental, maka kita hendaklah mengundi PAS dalam pilihan raya nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan