|       Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki  
 PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu     jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada     seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham     meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.  
 
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor     pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah     macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?  
 
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di     Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya     ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika     berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah     kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi     penolong pengarah agensi tempat dia bekerja... 
  
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya     pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun     tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.  
 
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham     habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir,     tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari     liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata,     celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.  
 Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat     itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan..     ..dan menyedihkan. 
 
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke     rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak     Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.  
 
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah     saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"  
 
Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"  
 
"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah     ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia     tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.  
 
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan     apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke     tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah     penuh di seluruh badan Allahyarham.   
 Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari     yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan     bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu. 
 
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan     cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di     wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika     itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.  
 
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia     meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan     beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak     berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham. 
 
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil     kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada     mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah     yang keluar.  
 
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan     kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes     hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak     tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.  
 
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan     saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba     menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang     berbonjol-bonjol di muka dan badannya.  
 
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama     bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan     di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia     lagi.  
 
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua     kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan     jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju.   
 Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak     Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih,     seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup     melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua     pembantu saya tadi. 
 
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya     ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas     meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti     biasa dengan kain putih.   
 Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.     Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.     Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah     Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan     spotlight.   
 Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan     dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu     kira-kira pukul 1.30 pagi.  
 
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat     mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak     putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak     hujan.   
 Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak     juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam     ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan     mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air. 
 
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar     menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya     nak cakap macam mana baunya ketika itu.   
 Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah     dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang... 
 
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan     papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas     selesai semuanya. kubur pun dikambus.   
 Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar     Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya     menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.  
 
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang     tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan     Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.   
 Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu     kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin     apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu  
 
PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula     banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu     diingat darah itu mahal harganya. 
 
KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah     kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah     yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan     harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan     milik kita. 
 
KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan     raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya     ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda     menggunakannya.  
 Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu.     Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada     tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu     dihormati. 
 
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah,     suatu hari nanti kita juga kan     menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak     terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.  |     
Tiada ulasan:
Catat Ulasan