Kerajaan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 4 Juta apabila terpaksa menarik balik kira-kira 400, 000 naskah buku teks KSSR Bahasa Inggeris Sekolah Rendah berharga RM 8.20 setiap satu, yang mengandungi pelbagai kesilapan percetakan bagi menukarkannya dengan naskah yang baru
Nampaknya Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu. Kerajaan menggesa rakyat agar mengubah cara hidup, berjimat cermat di dalam menangani kenaikkan harga barang dan penyusutan simpanan wang negara. Dalam masa yang sama kerajaan membazirkan RM 4 Juta kerana kesilapan yang dilihat tidak wajar.
Siapakah yang bertanggung jawab mencetak buku-buku ini? Adakah semudah itu kesilapan ini terjadi? Adakah tiada sebarang pemantauan yang rapi sebelum buku ini diluluskan untuk tujuan percetakan?
Kalau dilihat, kesilapan ini merupakan kecuaian yang serius. Kalau sekadar kesilapan kecil, tidak mungkin kerajaan perlu menarik balik kesemua buku-buku yang telah diedarkan. Bagaimana pihak yang bertanggung jawab untuk meluluskan percetakan buku-buku ini boleh meluluskannya? Satu persatu buku-buku dicetak dari satu peringkat ke satu peringkat, tiada seorang pun menyedari kesilapannya.
Mungkin RM 4 Juta sekadar jumlah yang kecil bagi kerajaan, maka tiada tindakan yang perlu diambil, lagipun RM 4 Juta itu bukannya duit Menteri Pelajaran, bukan duit Perdana Menteri, tetapi duit kerajaan. Pemimpin-pemimpin atasan tak rugi satu sen pun kerana duit kerajaan masih banyak lagi.
Duit haram beratus billion USD yang mengalir keluar dari negara ini pun Najib kata tak tahu, tak dapat dikesan, apa lagi setakat RM 4 Juta? Macam taik gigi je bagi pemimpin-pemimpin atasan. Bayangkan negara Malaysia yang hanya sebesar lidi di dalam peta dunia ini, menduduki ranking ke lima pengaliran wang haram terbesar dunia, mengalahkan negara-negara besar yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan