Isnin, 21 Februari 2011

GILA



MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam. Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman. Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson. Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

Orang kaya yang tidurnya atas tilam duit. Sudah tidak tahu nilai serta harga pinjaman harta diatas mukabumi ini. semoga Allah menjauhkan mereka yang beriman daripada fitnah ini. Apatah lagi untuk digunakan fi sabilillah. Itu merupakan harta mereka.. apa peduli dia kepada orang lain... Mereka akan tahu nilainya apabila malaikat al-maut datang menyapa mereka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan