Selasa, 22 Februari 2011

HIMPIT DI BATU 6, KUALA NERUS


Sudah sekian lama HIMPIT (Himpunan Pemuda Islam Terengganu) telah diadakan. Ianya bertujuan untuk mobilisasi tenaga pemuda Terengganu untuk sentiasa segar dengan perjuangan Islam. Program tahunan itu diteruskan sehingga kini.

Program perasmian HIMPIT kali ini yang diadakan di Batu 6, Kuala Nerus. Untuk menghirup wap muda dalam perjuangan dan ingin melihat bakap pewaris perjuangan Islam & Jihad dimasa mendatang. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada DPPNT serta DPP Kawasan Kuala Nerus sebagai tuan rumah yang berjaya menganjurkan himpunan 10K pemuda Islam Terengganu.

Tahun lepas   di Teluk Mak Nik Cukai Kemaman yang menggamit HIMPIT di Monica Bay (  kehadiran pemuda yang ramai.

Dengan motto “Orang Mude Geng Kite” telah menghadirkan tenaga muda yang akan menjadi sayap penting perjuangan Islam. Untuk tahun ini dengan tema “Masa untuk berubah, Pas Ganti Umno” dirasakan sudah sesuai dengan masanya, pemuda menggerakkan massa untuk berubah bersama Islam. Berubah bersama Pas. Kehadiran anak muda bersama dengan kepimpinan Pemuda Pas negeri, BPPNT, Pemuda Pusat dan tawjihat Presiden sendiri nampaknya berjaya membakar semangat dan jiwa muda dalam perjuangan.

Pemuda merupakan tulang belakang kepada perjuangan. Pemuda adalah pemikul amanah Islam. Pemuda banyak dimotivasikan oleh nas-nas untuk memanfaatkan era muda demi pelaburan jihad.

Para nabi di lantik menjadi nabi ketikaa usia muda 30-40. Assabiquunal awwaluun (orang-orang yang pertama kali beriman kepada Rasulullah SAW) Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah saw di Daarul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut: yang paling muda adalah 9 tahun, iaitu Ali bin Abi Thalib dan Az-Zubair bin Al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Abdullah bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia dibawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun, Umar bin al Khathab 26 tahun, Abu Ubaidah Ibnuk Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf dimana kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun, Abu Bakar Ash Shiddiq 37 tahun. Hamzah bin Abdul Muththalib 42 tahun dan ‘Ubaidah bin Al Harith yang paling tua diantara mereka iaitu 50 tahun.. Usamah bin Zaid membuka kota Mesir sebagai panglima ketika usia 17 thn. Muhammad al-Fateh membuka konstantinople ketika berusia 21 tahun.

Banyak surah yang meriwayatkan tentang perjuangan orang muda termasuk ashab al-Ukhdud dan Ashab al-Kahfi. Firman Allah:-
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat perlindungan (gua) lalu berdoa : Wahai Tuhan kami kurniakanlah dari sisimu rahmat dan berikanlah petunjuk dalam urusan kami” al-Kahfi :9
Dan selayaknyalah pemuda dengan agenda kepemudaannya. Cepat, tangkas, berani dan sanggup berdepan demi menegakkan kebenaran. Kalau bukan begitu... bukan pemudalah sifatnya. Itu Mak Nyah namanya.

Kalau kereta Lamborghini pandu 60KM perjam baik takpayah beli. membazir duit aje. Baik beli Morris minor. Tu le. Zaman sahabat dulu.. usia dah tua, masih lagi berada di medan jihad. Mereka memburu syahid. Lihatlah seperti Abu Ayub al-Ansari yang dah berusia 87 tahun masih meneruskan jihad dan syahid dipintu gerbang Kota konstantinople di zaman Muawiyyah menjadi khalifah.

Semoga Pemuda meneruskan momentum mereka sehingga tercapainya misi menggembalikan Islam yang dikhianati UMNO untuk terlaksana semula di bumi Terengganu. Semoga kerajaaan pimpinan UMNO-BN yang dipimpin oleh Mat Said tersungkur , InsyaAllah. Jumpa PGU di BESUT pada 19hb Mac ini di Jerteh. Kita gegarkan Umno di Besut pula.

 Wakil ARC Kemaman membuat XPDC ke HIMPIT




Kelab motor ARC

Kami sedang mencari ahli baru dan ahli lama bagi memeriahkan lagi kelab motosikal kami. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi - Azman (Foto), H/P 0199830469. Setiap pendaftaran baru akan mendapat sehelai t-shirt lenggan panjang dan stiker kelab. Pendaftaran sebanyak RM25 shj.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan