KEJAM...Shatini menunjukkan kesan dera di kedua-dua lengan akibat dipukul bapa.
ULU TIRAM: Seorang kanak-kanak perempuan dianggap pembawa sial kerana berpenyakit kulit sejak dilahirkan, dilayan lebih teruk daripada haiwan dan menjadi mangsa deraan bapa kandungnya di Taman Puteri Wangsa di sini, sejak lebih 10 tahun lalu.
Bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu bukan saja memukulnya menggunakan kayu serta topi keledar, malah kanak-kanak malang itu dicucuh dengan besi panas.
Bagaimanapun, perlakuan kejam lelaki berusia 40-an itu terdedah selepas mangsa yang hanya dikenali sebagai Shatini mengadu nasib
Shatini yang menghidap penyakit kulit di kaki dan tangan didapati mempunyai 20 kesan luka lama dipercayai akibat penderaan fizikal.
Menurut Shatini, bapanya memberi alasan dia diperlakukan sedemikian kononnya untuk mendidiknya lebih berdisiplin.
“Saya sudah lali dengan sikap panas baran bapa yang kerap memukul, menendang, memijak dan memaki hamun saya menggunakan perkataan lucah hampir setiap hari setiap kali pulang kerja.
“Berbeza dengan adik perempuan yang berusia lapan tahun, ibu dan bapa memanjakan dan menyayanginya kerana dia tidak memiliki sebarang kecacatan seperti saya,” katanya.
Shatini diberhentikan sekolah ketika tahun
Menurutnya, bapanya yang menuduh dia punca masalah itu memanaskan besi sebelum menekap besi itu pada tumitnya.
“Selepas itu, ibu (berusia 30-an) pula memukul saya menggunakan paip PVC pada paha,” katanya.
Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, sejak lebih setahun lalu, dia diarah tinggal di rumah dan membersihkan rumah ketika bapa serta ibunya keluar bekerja di Singapura.
“Bapa bekerja di bahagian pembersihan manakala ibu sebagai pengawal keselamatan. Saya hanya dibenar makan nasi dan lauk yang disimpan berhari-hari, kononnya bagi menjimatkan perbelanjaan.
“Ibu dan bapa mengatakan ia perlu dilakukan supaya mereka boleh mengumpul wang bagi mengubah suai rumah,” katanya.
Menurut Shatini, dia pernah bersekolah di sekitar bandar raya ini sehingga tahun empat sebelum dihantar ke Butterworth, Pulau Pinang, untuk tinggal bersama saudara ibu serta bersekolah di
Bagaimanapun, ia hanya untuk setahun sebelum dibawa pulang ke Johor awal tahun lalu, dengan alasan mahu disekolahkan di sini.
“Itu semua hanya alasan kerana sebenarnya saya dijadikan tempat bapa melepaskan geram,” katanya.
Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, selepas Shatini diselamatkan pihaknya melaporkan kes dera itu di Balai Polis Pelangi Indah.
“Kanak-kanak itu akan diberi perlindungan dan kesnya akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
“Dia sudah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan JKM juga akan mendapatkan maklumat daripada ibu bapanya secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pelangi Indah mengesahkan menerima laporan itu dan akan mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu dalam tempoh terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan