GELIGA – Cubaan seorang abang untuk menyelamatkan adik angkatnya yang lemas gagal selepas dia sendiri nyaris lemas dan hanya mampu berenang sejauh 50 meter akibat dihalang ombak besar dan ganas dalam kejadian di Pantai Kampung Geliga Baru, dekat sini, kira-kira jam 4.40 petang semalam.
Dalam kejadian itu, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Geliga, Zainal Ikmal Abdullah, 12, dikhuatiri lemas selepas dia bersama dua lagi sepupunya, Mohd Adzim Shakirin Azhar, 12, dan Mohd Azrafiq Shazrin Azhar, 10, ‘ditelan’ ombak besar ketika leka bermain pasir di pantai kampung berkenaan.
Bapa saudara mangsa, Amiruddin Yahya, 30-an, yang ketika itu turut berada di darat dan menemani mereka bermain hanya mampu berenang menyelamatkan Mohd Azrafiq Shazrin, manakala Mohd Adzim Shakirin pula berjaya melawan ombak dan naik ke darat sementara Zainal Ikmal pula hanyut dibawa gelombang besar.
Abang mangsa, Mohd Shahidil Farhan Hassan, 24, yang diberitahu mengenai kejadian itu oleh ibu saudara yang juga isteri Amiruddin, segera berlari ke tempat kejadian dan dalam jarak 300 meter dari rumah, dia dapat melihat dengan jelas adiknya itu semakin jauh hanyut ke tengah lautan.
“Ketika sampai di tepi pantai saya lihat kepala adik tenggelam timbul dalam jarak kira-kira 100 meter dari darat dan saya segera terjun, tetapi akibat ombak yang terlalu besar dan gelombang cukup tinggi, menyebabkan saya hanya mampu berenang sejauh 50 meter, malah saya juga nyaris lemas serta menjerit meminta tolong.
“Hampirlima minit saya menjerit meminta tolong, namun jeritan saya tidak didengari sesiapa sebelum satu gelombang kuat menolak badan saya ke tepi pantai mengakibatkan saya terdampar di tepi pantai dan ketika itu saya lihat kelibat adik sudah tiada,” katanya yang yang masih kelihatan trauma.
Kata Mohd Shahidil Farhan, bapa saudaranya pula ketika itu masih terlentang di tepi pantai dan tidak mampu bangun selepas terpaksa bertarung meredah ombak ganas menyelamatkan Mohd Azrafiq Shazrin.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kemaman dengan dibantu polis dari Balai Polis Chukai semalam terpaksa dihentikan pada jam 8 malam berikutan keadaan gelap dan ombak besar setinggi antara 1.5 hingga 2 meter.
Bagaimanapun, Pegawai Operasi Balai Bomba Kemaman, Che Wan Mohd Razak Che Wan Besar berkata, pihaknya akan berkampung di tempat kejadian dan meneruskan usaha mencari mangsa yang memakai baju Melayu berwarna hijau gelap di sepanjang pesisir pantai.
“Kita menerima panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 5.03 petang sebelum sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 5.10 petang. Operasi mencari di laut akan diteruskan pagi esok (hari ini) dan kita juga mungkin akan tambah Unit Scuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dalam operasi esok,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan.
Sementara itu, Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai turut membantu dengan menyediakan lampu limpah dan kanopi di tempat kejadian selain solat hajat turut diadakan selepas waktu Maghrib agar mangsa dapat dijumpai segera.
Dalam kejadian itu, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Geliga, Zainal Ikmal Abdullah, 12, dikhuatiri lemas selepas dia bersama dua lagi sepupunya, Mohd Adzim Shakirin Azhar, 12, dan Mohd Azrafiq Shazrin Azhar, 10, ‘ditelan’ ombak besar ketika leka bermain pasir di pantai kampung berkenaan.
Bapa saudara mangsa, Amiruddin Yahya, 30-an, yang ketika itu turut berada di darat dan menemani mereka bermain hanya mampu berenang menyelamatkan Mohd Azrafiq Shazrin, manakala Mohd Adzim Shakirin pula berjaya melawan ombak dan naik ke darat sementara Zainal Ikmal pula hanyut dibawa gelombang besar.
Abang mangsa, Mohd Shahidil Farhan Hassan, 24, yang diberitahu mengenai kejadian itu oleh ibu saudara yang juga isteri Amiruddin, segera berlari ke tempat kejadian dan dalam jarak 300 meter dari rumah, dia dapat melihat dengan jelas adiknya itu semakin jauh hanyut ke tengah lautan.
“Ketika sampai di tepi pantai saya lihat kepala adik tenggelam timbul dalam jarak kira-kira 100 meter dari darat dan saya segera terjun, tetapi akibat ombak yang terlalu besar dan gelombang cukup tinggi, menyebabkan saya hanya mampu berenang sejauh 50 meter, malah saya juga nyaris lemas serta menjerit meminta tolong.
“Hampir
Kata Mohd Shahidil Farhan, bapa saudaranya pula ketika itu masih terlentang di tepi pantai dan tidak mampu bangun selepas terpaksa bertarung meredah ombak ganas menyelamatkan Mohd Azrafiq Shazrin.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kemaman dengan dibantu polis dari Balai Polis Chukai semalam terpaksa dihentikan pada jam 8 malam berikutan keadaan gelap dan ombak besar setinggi antara 1.5 hingga 2 meter.
Bagaimanapun, Pegawai Operasi Balai Bomba Kemaman, Che Wan Mohd Razak Che Wan Besar berkata, pihaknya akan berkampung di tempat kejadian dan meneruskan usaha mencari mangsa yang memakai baju Melayu berwarna hijau gelap di sepanjang pesisir pantai.
“Kita menerima panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 5.03 petang sebelum sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 5.10 petang. Operasi mencari di laut akan diteruskan pagi esok (hari ini) dan kita juga mungkin akan tambah Unit Scuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dalam operasi esok,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan.
Sementara itu, Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai turut membantu dengan menyediakan lampu limpah dan kanopi di tempat kejadian selain solat hajat turut diadakan selepas waktu Maghrib agar mangsa dapat dijumpai segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan