Ibu kaget anak balik tadika ‘ditawan’
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 40-an itu baru menjemput anaknya pulang dari tadika dan sejurus tiba di depan rumah, dua lelaki menunggang motosikal terus meluru ke arah keretanya.
Menurut sumber polis, seorang daripada penjenayah terbabit menerpa ke arah mangsa selepas dia keluar daripada kereta dan memintanya mendiamkan diri manakala seorang lagi yang membawa parang pergi ke arah anaknya.
“Penjenayah terbabit mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya. Mangsa yang ketakutan hanya mengikut arahan itu.
“Tidak puas hati dengan hasil diperoleh, penjenayah turut menggeledah keretanya dan mangsa bersama anaknya hanya mampu memerhati kerana begitu takut,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian jirannya.
“Mendengar jeritan itu dua lelaki terbabit mula panik sebelum kelam-kabut meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan anaknya bernasib baik kerana tidak dicederakan. Bagaimanapun, mereka mengalami trauma kerana terlalu takut dengan kejadian itu.
“Mangsa tidak dapat mengecam penjenayah itu kerana mereka memakai kaca mata hitam dan juga topi keledar berpenutup penuh.
“Mangsa juga gagal mencatatkan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas selain panik,” katanya.
Sumber berkata, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan agak sukar untuk mengecam suspek kerana kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kebas wang, kad prabayar
Bagaimanapun, perbuatannya itu membawa padah apabila dia ditahan sehari selepas itu apabila majikannya membuat laporan polis sejurus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila pekerja terbabit yang berusia 30-an mengambil wang dalam kaunter dan juga dua kad tambah nilai.
“Lelaki itu memberikan satu kad tambah nilai berkenaan yang berharga RM20 kepada seorang rakannya yang juga pekerja di situ sebagai upah untuk menutup mulut.
“Dia turut menghasut rakan sekerjanya itu supaya berhenti kerja namun rakannya enggan,” katanya.
Niat bantu rakan bertukar tragedi
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, R Sugumaran, 53, yang juga penjaga kuil meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) ketika menerima rawatan kecemasan selepas keluar bersama anaknya bertemu dua suspek sebelum dia dipukul menggunakan topi keledar sehingga parah di kepala.
Sebelum kejadian, rakan mangsa berusia 20 tahun yang juga penjaga kuil di Tasek Mutiara berada di
Selepas rakan mangsa dan suspek bertemu, berlaku perselisihan faham menyebabkan rakannya dipukul menggunakan kayu namun sempat melarikan diri dan menceritakan kejadian kepada mangsa.
Susulan kejadian itu, mangsa ditemani anak lelakinya menghampiri suspek untuk menyelesaikan masalah rakannya bagaimanapun tiba-tiba dipukul sehingga rebah dengan topi keledar sebelum kedua-dua suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja putih.
Difahamkan ketika kejadian anak mangsa tidak dapat melakukan apa-apa dan gagal mengecam nombor pendaftaran kenderaan suspek.
Mangsa yang cedera parah di kepala dihantar ke HSB dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia di hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kes seorang lelaki parah dipukul di Tasek Mutiara.
Katanya, mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi meninggal dunia ketika rawatan.
“Siasatan awal pasukan forensik di lokasi kejadian menemui kesan tompokan darah dan satu topi keledar serta tiga tin minuman beralkohol.
“Mengikut keterangan rakan mangsa, suspek dua lelaki
Shafien berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah SPS di talian 04-5932222 bagi membantu siasatan.
Suspek utama serah diri
Difahamkan, remaja berusia 16 tahun itu bertindak demikian selepas dipujuk ahli keluarganya apabila dia menghubungi mereka sebaik mengetahui melalui laporan media bahawa dirinya diburu pihak polis.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dengan penangkapan Ling yang juga suspek utama kes itu, pihaknya berjaya menyelesaikan penyiasatan kes itu dalam tempoh 48 jam.
“Suspek menyerah diri selepas dipujuk ibu bapanya di kawasan Plaza Tol Sungai Besi pada 23 Januari lalu, kira-kira 9.30 malam sebelum dia ditangkap anggota polis D7. “Hasil soal siasat dan dengan bantuan suspek polis berjaya menemui sebilah pisau sepanjang 14 inci (35.56 sentimeter) yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian pembunuhan itu.
“Pisau terbabit dicampakkan di kawasan semak di Taman Seri Cahaya, Masjid Tanah dan suspek kini direman selama
Chuah berkata, Ling dipercayai melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha LC milik bapanya yang ditemui ditinggalkan di Taman Harmoni berhampiran Balai Polis Masjid Tanah sejurus selepas kejadian sebelum menaiki sebuah teksi ke Kuala Lumpur untuk melepaskan diri.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat motif atau punca sebenar kejadian pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan masalah peribadi iaitu perselisihan faham membabitkan suspek dengan tiga mangsa menyebabkan mereka dibunuh dengan kejam.
“Difahamkan perselisihan faham ini dipercayai berlarutan sejak beberapa bulan sebelum kejadian dan kita masih menyiasat motif lain seperti dilaporkan media sebelum ini,” katanya.
Putus jari kelengkeng dibelasah 4 lelaki
Difahamkan, kejadian dilakukan semua lelaki terbabit yang berusia 30-an dipercayai bagi membalas dendam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang sedang melepak di tempat kejadian tiba-tiba didatangi empat lelaki itu.
Sumber berkata, sebaik menghampiri mangsa, seorang daripada suspek terus melepaskan tumbukan ke arah mangsa sebelum tiga lagi rakannya mengeluarkan parang dan menetak mangsa.
“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu tidak dicederakan sambil menutup kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Bagaimanapun, lelaki itu tidak memperdulikan rayuan itu sebaliknya terus memukul dan menetak mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan berlumuran darah.
“Semua suspek dipercayai menunggang dua motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, jeritan mangsa didengari beberapa orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum mereka menghubungi polis.
“Sekumpulan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan sebuah ambulans,” katanya.
Geng Piramid curi motosikal jemaah masjid tumpas
MARAN: Sindiket curi motosikal terancang digelar Geng Piramid dianggotai pelajar sekolah menengah dikesan bermaharajalela sekitar daerah ini, Temerloh, Kuantan dan Pekan dengan mensasarkan masjid sebagai tempat menjalankan kegiatan itu.
Bagaimanapun, tindakan licik sindiket itu yang bergiat aktif sejak Ogos tahun lalu tumpas selepas polis memberkas empat anggota termasuk ketuanya ketika cuba mencuri motosikal di Kompleks Perumahan Polis, Taman Temerloh Jaya, Temerloh, 8 Januari lalu.
Susulan itu, polis menahan lima saki-baki anggota kumpulan itu termasuk operator kilang berusia 26 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dalam serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, dengan tumpasnya sindiket itu, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes curi motosikal dilaporkan di daerah itu serta beberapa daerah di Selangor sejak tahun lalu.
“Penahanan sembilan lelaki terdiri lima pelajar lepasan sekolah yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta tiga pelajar tingkatan lima membawa kepada penemuan dua motosikal, 18 rangka motosikal serta beberapa komponen dileraikan dianggarkan bernilai RM70,000.
“Semua anggota kumpulan itu mempunyai peranan masing-masing sebagai tukang curi menggunakan kunci pelbagai guna yang diubah suai bagi membuka suis dan menghidupkan enjin sebelum meleraikan motosikal itu dan dijual pada harga murah,” katanya pada sidang media di IPD Maran, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit juga menyusun strategi terlebih dulu umpama penjenayah profesional bagi mengelak kegiatan mereka terbongkar.
“Mereka merisik terlebih dulu kawasan sasaran dan ketika anggota kumpulan menjalankan kegiatan itu, ada anggota lain akan mengawasi persekitaran sebelum motosikal dibawa lari disembunyikan di kawasan semak,” katanya.
Pisau lekat pada leher
Wanita malang berusia 51 tahun dikenali sebagai Aisah Jannalah itu ditemui suaminya, Otong Kadri, 53, kira-kira jam 3 petang ketika mencari isterinya selepas mangsa tidak muncul setelah lebih sejam menunggu hidangan tengah hari yang sepatutnya dihantar mangsa.
Difahamkan, suami mangsa yang curiga mencarinya di sekitar kebun getah itu.
Panggilan ke telefon bimbit isterinya juga tidak berjawab.
Sebelum kejadian, lelaki itu mendakwa menghubungi isterinya kira-kira jam 1 tengah hari menyuruh wanita berkenaan menghantar juadah tengah hari kepadanya di kebun getah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.
Bagaimanapun, dia bimbang berlaku sesuatu apabila Aisah tidak muncul selepas menunggu lebih sejam menyebabkan Otong mengambil keputusan mencarinya dengan ditemani anak tiri dan dua sepupunya.
Namun, dia terkejut apabila menjumpai nasi bertaburan di atas tanah sebelum menemui isterinya yang hanya berbaju-T dan lebih mengerikan apabila pisau masih terpacak di lehernya.
Tergamam dengan penemuan itu, suami mangsa menghubungi anak mereka, Hakim Otong, 32, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, anggotanya mengambil masa hampir dua jam untuk tiba di tempat kejadian berikutan terpaksa mengharungi jalan tidak berturap sejauh lebih lima kilometer dari jalan utama.
“Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel selain sebilah pisau tertusuk di lehernya.
“Tudung, seluar dan seluar dalam dipakai mangsa ditemui tidak jauh dari mayatnya dan siasatan awal polis juga mendapati barang milik mangsa didapati hilang,” katanya.
Katanya, berdasarkan keadaan mayat mangsa ketika ditemui, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol sebelum dibunuh.
Ahmad Sofi berkata, polis kemudian menahan suami mangsa dan anak tirinya untuk membantu siasatan apabila masing-masing memberi keterangan bercanggah berhubung kejadian itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan