Mungkin ramai pembaca yang belum kenal dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahathir yang seorang ini. Namanya Maizura Mahathir, baru-baru ini Utusan Malaysia ada menyiarkan gambar Tun dan isteri meraikan kejayaan anaknya memperolehi anugerah presiden di Universiti Lim Kok Wing [Utusan].
Tahniah diucapkan kepada beliau, namun begitu gambar-gambar di bawah ini menimbulkan persoalan demi persoalan di benak kita. Adakah ini juga satu lagi kejayaan Tun Mahathir di dalam mendidik anaknya? Tiada bukti anaknya meminum arak secara jelas (tiada gambar dia masukkan arak ke dalam mulutnya). Namun jelas sekali dia dengan bangga mengambil gambar bersama tin Carlsberg (arak) di hadapannya.
Bagi mengelakkan ada yang menuduh sengaja membuat gambar palsu (photoshop), maka kita siarkan beberapa keping gambar anak Tun Mahathir, Maizura dengan bangga bersama arak di beberapa sudut. Lihatlah sendiri.
Bapaknya pung pang pung pang menghina dan mengkritik Tuan Guru Nik aziz, untuk menggambarkan betapa dialah sebenarnya pejuang Islam. Tuan Guru Nik Aziz tak cukup Islam, Tuan Guru Nik Aziz menggunakan Islam sebagai alat politik dan sebagainya.
Anaknya pula bangga menjadi penyokong kumpulan hak asasi Gay dan Lesbian [Marina Mahathir], Jadi tokey besar Syarikat arak Filipina [M'sian Insider], dan kini dengan bangga bergambar depan tin arak barangkali untuk menunjukkan kehebatannya meminum arak.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/anak-tun-mahathir-maizura-minum-arak.html#ixzz1G4rKBD1O
Tiada ulasan:
Catat Ulasan